IMUNISASI

IMUNISASI

Imunisasi adalah satu proses di mana badan dapat melindungi jangkitan penyakit dengan cara memasukkan vaksin ke dalam badan.

Apabila kuman masuk ke dalam badan, badan akan di-rangsangkan untuk mengeluarkan satu bahan yang akan memusnahkan kuman tersebut. la dikenali sebagai antibodi.


Bagaimanapun   jika kuman yang masuk itu adalah kuman yang merbahaya, ia boleh memudaratkan seseorang dan boleh membawa maut. Oleh itu cara yang baik untuk merangsang an­tibodi adalah dengan cara memasukkan vaksin ke da­lam badan.  Vaksin adalah

satu bahan seperti kuman yang  lemah  (attenuated) yang tidak membahayakan.

 

IMUNISASI MEMERLUKAN DOS TAMBAHAN.

Antibodi sesetengah penyakit akan berkurangan Apabila umur seseorang itu meningkat. Oleh itu ia memerlukan beberapa dos atau suntikan tambahan untuk menambahkan kandungan antibodi dalam badan.

Gambarajah: Penambahan Antibodi Apabila Dos Vaksin

Ditambah. (Contoh: Imunisasi Hepatitis B).

                                          95%

dos Vaksin.

 

Antibodi yang mencukupi akan memberikan perlindungan daripada jangkitan sepenuhnya.

Ada beberapa penyakit yang berjangkit telah dapat dilindungi melalui imunisasi. Sehingga kini Kementerian Kesihatan telah mengadakan program pemberian imunisasi kepada beberapa penyakit yang merbahaya dan imunisasinya memberikan perlindungan yang berkesan. Penyakit tersebut adalah Tibi, Difteria, Kancing Gigi, Batuk Kokol, Campak, Polio, Rubella dan Hepatitis B.

 

Tibi (Batuk Kering).

Tibi disebabkan oleh se-jenis kuman bakteria yang berjangkit melalui pernafasan. la boleh menyerang mana-mana sahaja bahagian badan. Bagaimanapun biasanya ia menyerang paru-paru. Tibi boleh menyebabkan   penderitaan dan maut

 

Imunisasi: B.C.G (perlu beberapa dos).

 

 

Difteria (Penyakit Kerongkong).

Difteria disebabkan oleh sejenis kuman bakteria Penyakit ini merbahaya kerana kuman penyakit ini akan mengeluarkan sejenis racun yang merosakkan jantung   dan   saraf. la juga menyebabkan lapisan yang mudah berdarah bila disentuh   terjadi di ke-rongkong dan jika terlalu banyak akan menyekat saluran pernafasan. Keada-an-keadaan ini boleh membawa maut.

Imunisasi: Tiga Serangkai - DPT/ Dua Serangkai - DT/ (perlu beberapa dos).

 

 

Batuk Kokol

Penyakit  ini  disebabkan oleh sejenis kuman bakte-ria. la menyebabkan batuk yang   berterusan   yang teruk dan disertai dengan pelbagai  kemnitan serta pendarahan di da lam mata, keretakan  paru-paru dan kerosakan    teruk kepada otak.  Penyakit  ini juga dikenali   dengan  Batuk Ayam atau  Batuk Seratus Hari.

Imunisasi: Tiga Serangkai - DPT (Perlu beberapa dos),

 

 

Kancing Gigi.

Penyakit  ini  disebabkan oleh sejenis kuman bakteria. Kuman ini mengeluar-kan  sejenis  racun (to­xin). Racun ini boleh me-rosakkan saraf yang akan menyebabkan   ketegangan otot  seperti  terkancing gigi.  Jika  ini  berlaku ia akan menghalang pema-fasan  dan  tidak  boleh makan dan membawa maut.

 

Imunisasi: Tiga Serangkai -DPT/ Dua Serangkai - DT/ Tetanus Toxoid (perlu beberapa dos).

 

Polio.

Penyakit  ini  disebabkan oleh sejenis kuman virus. Apabila ia menyerang, ia boleh menyebabkan lumpuh dan kecacatan anggota seumur hidup. Anggota badan seperti  tangan  dan kaki tidak   dapat   bergerak kerana lumpuh.

 

Imunisasi: Polio - Secara titisan di mulut (perlu beberapa dos).

 

Campak.

Penyakit  ini  disebabkan oleh sejenis kunan virus. la seringkali mengakibat-kan konplikasi yang teruk seperti radang paru-paru (pneumonia), jangkitan di otak,  telinga  dan la in-lain  khususnya  kepada kanak-kanak   yang keku-rangan  zat  makanan dan kurang sihat.

Imunisasi: Canpak (hanya sekali sahaja).

  

Rubella

Penyakit  ini  disebabkan oleh sejenis kuman virus. la amat merbahaya kepada janin  (anak  dalam kan-dungan)  jika  ibu sedang mengandung dijangkitinya. Anak dalam kandungan akan mengalami  kecacatan bila dilahirkan  seperti cacat jantung, mata, otak, te­linga dan sebagainya.

 

Imunisasi: Rubella (hanya sekali sahaja).

 

Hepatitis B.

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kuman virus. Penyakit ini menyebabkan berlakunya  kerosakan di hati dan juga barah hati.

 

Imunisasi: Hepatitis B (perlu beberapa dos).

 

V A KSIN

Vaksin atau bahan yang digunakan untuk merangsang antibodi dimasukkan ke dalam badan melalui sun-tikan atau titisan di rnulut.

Vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Program Imunisasi adalah diperbuat daripada  bahan-bahan yang  tidak meragukan umat Islam.

Apabila vaksin disuntik ke badan, ada kalanya akan memberikan kesan seperti demam terutamanya kepada kanak-kanak. Ini adalah satu perkara biasa. Biasanya kesan ini sedikit sahaja dan sembuh segera.

Dl MANA IMUNISASI BOLEH DIDAPATI?

Anda boleh mendapatkan imunisasi di mana-mana klinik seperti berikut;*
Pusat Kesihatan. Klinik Desa.
Klinik-klinik Tambahan yang diadakan di Klinik Bidan atau Balairaya Imunisasi   yang   diberikan   oleh   Kementerian Kesihatan adalah PERCUMA.


Anda boleh juga mendapatkan imunisasi di klinik-klinik swasta.