Apakah
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFM) itu?
|
Sebagaimana
namanya, penyakit HFM melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit.
Ianya disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh
menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga
5 tahun.
Virus
ini merebak melalui kontak secara lansung (direct contact) dengan titisan
atau lelehan yang dikeluarkan dari mulut / hidung / najis pesakit
(fecal-oral route). Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan lansung
dengan lepuh kulit (blister) pesakit.
Seseorang
yang dijangkiti virus ini akan merasa sakit selepas 3 hingga 5 hari
selepas terdedah kepada jangkitan virus ini. Kebanyakan pesakit akan
sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.
|
Apakah
tanda dan gejala penyakit ini ?
|
Penyakit
ini mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam selsema dengan ruam.
Diantara
tanda-tanda jangkitan ini ialah :
| demam
| sakit kerongkong
| sakit kepala
| hilang selera makan
| ulser di tekak dan mulut
| ruam dengan lepuh (blister)
- di tapak tangan
- kaki dan
- kawasan lampin.
|
| | | | |
|
Apakah
komplikasinya ?
|
Seseorang
yang dijangkiti virus ini akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari
setelah terdedah kepada virus ini. Kebanyakan pesakit akan sebuh
sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit,
penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana
pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adalah
akibat komplikasi. Jangkitan ini mungkin seperti sakit otot (miositis),
bengkak hati dan inflamasi jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan
maut terutamanya di kalangan kanak-kanak.
|
Bagaimana
virus ini merebak ?
|
Cara
utama penyebarakan virus ini ialah pengambilan makanan dan minuman yang
dicemar oleh najis pesakit (fecal-oral route). Pencemaran ini boleh
terjadi melalui sentuhan tangan yang memindahkan virus dari najis kepada
makanan dan minuman. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan udara
/ lelehan yang dikeluarkan dari mulut atau hidung pesakit apabial mereka
batuk, bersin atau bercakap. Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara
yang mengandungi virus disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus
boleh tersebar melalui air liur pesakit dan sentuahan pada lepuh kulit
pesakit.
|
Apakah
cara untuk mengelakan dari jangkitan ini ?
|
Setakat
ini, tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus ini. Oleh itu,
pencegahan adalah amat penting. Jangkitan ini boleh dicegah dengan cara
berikut:
|
Selalu mengamalkan kebersihan diri seperti
mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas,
sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan selepas
mencuci najis kanak-kanak
|
Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.
|
Mencuci alat mainan kanak-kanak dan permukaan
(surface) meja / kerusi / lantai dan sebagainya yang telah dicemari
air liur.
|
Kanak-kanan yang mempunyai tanda-tanda jangkitan
ini harus ditegah dari menghadiri tadika, tabika, sekolah dan rumah
pengasuh ("baby sitter") dan perlu dibawa ke klinik /
hospital dengan segera.
|
Ibu bapa dinasihatkan supaya jangan membawa
anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak seperti pusat
membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesyen bas dan
sebagainya.
|
Ibu bapa juga dinasihatkan supaya mandi dan
menukar pakaian sebaik saja balik dari luar / kerja sebelum bermesra
dengan bayi dan anak-anak mereka.
|
Bawa anak-anak ke hospital / klinik berhampiran
dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan virus ini.
|
Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk
mengelak jangkitan virus melalui lalat, lipas dan tikus.
|
Elakan dari berkongsi berus gigi, cawan sudu,
garpu, cadar, sarong bantal, lampin serta sapu tangan dari anak yang
dijangkiti oleh penyakit tangan, mulut dan kaki (HFMD).
|
| | | | | | | |
|
Maklumat
lain boleh diperolehi dari : |
http://healthcentral.com/mhc/top/000965.cfm
http://www.findarticles.com/cf_0/m0833/9183_354/55929102/p1/article.jhtml
http://drgreene.com/970623.html
http://www.env.gov.sg/info/press/index.html
|
Maklumat
Tambahan / Pertanyaan, Sila Berhubung Dengan: |
| Dr
Hasan Abd Rahman,
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
| Dr
Devan Kurup,
Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Berjangkit, Kementerian
Kesihatan Malaysia
| Dr
Fuad Hashim,
Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan
Malaysia
| Dr
Azmi Abd Rahim,
Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan
Malaysia |
| | |
|