Soalan

Assalamualaikum 
Dr Putri,

Anak saya berusia setahun setengah. Suka minum susu tetapi amat kurang atau tidak suka Makan. Pelbagai makanan seperti mee, kuin selain nasi dicuba, tetapi makan hanya sesudu dua. Saya amat risau tentang diet hariannya yang tidak seimbang.

-Adibah

Jawapan

Waa’laikumsalam

Masalah pengambilan makanan di peringkat ini merupakan satu peralihan dari satu jenis kepada pelbagai jenis untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental anak. Pengambilan susu sudah menjadi satu kebiasaan bagi anak. Pengenalan kepada pemakanan pepejal dan pelbagai jenis makanan yang lain merupakan sesuatu yang baru. Peringkat transisi ini perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan. Anak puan sedang mencuba seberapa yang boleh untuk menyesuaikan selera dan kehendaknya. Oleh sebab itu anak puan makan sesudu dua sahaja. Puan usahlah rasa kecewa dan berputus asa. Puan harus bersabar dan terus menyediakan makanan yang seimbang. Ingat, makanan hendaklah menepati ciri anak seperti menarik dari segi warna, saiz yang memudahkan dia memegang sendiri. Teruskan usaha.