Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN BERSALIN DI HOSPITAL

Ibu mengandung yang mempunyai keadaan-keadaan bahaya adalah dinasihatkan supaya ber-salin di hospital. Malangnya masih ramai ibu-ibu ygng tidak mengikut nasihat ini. Ini mengakibatkan kesan-kesan buruk seperti kematian ibu dan juga anak dalam kandungan.

Melahirkan anak di hospital adalah satu amalan yang baik. Hospital mempunyai kakitangan perubatan yang mahir dan terlatih serta kemudahan dan kelengkapan yang tidak terdapat di rumah. Bagi ibu-ibu yang mempunyai keadaan-keadaan bahaya ber-salin di hospital sangatlah penting kerana ini dapat menyelamatkan nyawa dan menjauhkan komplikasi.

.Apakah faedah bersalln dl hospital?

Hospital member! berbagai faedah kepada ibu yang bersalin kerana ia mempunyai kemudahan alat kelengkapan yang cukup, perkhidmatan doktor dan pakar, perkhidmatan darah semasa kecemasan, tempat bersalin yang selesa, bersih dan kakitangan yang cukup terlatih.

Semasa di hospital, puan boleh berihat dengan cukup kerana makanan, pakaian, dan tempat tidur puan disediakan. Puan juga diberikan rawatan yang rapi dan keluarga puan boleh datang berjumpa puan di hospital semasa waktu lawatan.

Apakah barang-barang yang perlu dibawa apablla masuk ke hospital?

-  Kad Pengenalan

-  Kad Ibu Mengandung

-    Surat Rujukan jika ada

Surat jaminan "guarantee" daripada majikan jika ada.

Barang untuk kegunaan sendiri seperti ubat dan berus gigi. sabun mandi. tuala mandi, tuala wanita, sikat. bedak. selipar. pakaian, baju dan seluar dalam.

Barang-barang untuk bayi yang baru lahir seperti baju bayi, bedak bayi. selimut, tuala bayi, pin dan lampin bayi.

Blla puan patut pergi ke hospital untuk bersalln?

Pergilah ke hospital bila perut puan rasa sakit. Jangan "tunggu sehingga sakit teruk. Eloklah jika puan elakkan dan makan sernasa sakit tersebut.

Puan juga perlu masuk ke hospital bila-bila masa apabila puan dirujukkan.

Apakah yang perlu dilakukan apabila sampai di hospital?

- Pertama sekali, puan atau ahli keluarga yang bersama dikehendaki mendattarkan din di Kaunter Pendaftaran bagi kemasuk-kan ke wad.

- Selepas pendaftaran, puan akan diarah pergi ke wad dan bertukar pakaian hospital.

- Seorang doktor akan datang bertemubual dan memeriksa puan.

- Puan akan diberi ubat untuk buang air besar.

- Puan akan dibawa ke bilik bersalin oleh jururawat atau bidan hospital apabila sakit perut bertambah teruk

- Seorang doktor / jururawat akan menyambut anak puan.

Berapa lamakah puan harus tinggal di hospital selepas bersalin?

Jika tiada masalah pada ibu dan bayi puan boleh bank ke rumah satu atau dua hari selepas bersalin.

Sekiranya puan menghadapi masalah di hospital apakah yang harus puan buat?

Puan tidak perlu risau. Puan tidaklah keseorangan di hospital. Puan boleh minta pertolongan dari kakitangan hospital pada bila-bila masa. Jangan takut atau malu bertanya dan mendapatkan per­tolongan.

Apakah bayaran bag! bersalin dl hospital?

Puan tidak seharusnya bimbang tentang pem-bayaran bagi bersalin di hospital. Perkara ini boleh dibincangkan dengan pihak hospital di mana puan bersalin. Bayaran tidak akan dikenakan, jika puan tidak mampu. Apa yang penting sekali ialah puan melahirkan anak di tempat yang paling selamat iaitu di hospital.

BERSALIN DI HOSPITAL - SENANG, SELESA DAN SELAMAT.

Diubahsuai dari;

Panduan untuk puan bersalin di hospital. Terbitan Unit Pelajaran Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.