Make your own free website on Tripod.com

NASIHAT PENTING SELEPAS BERSALIN

 

NASIHAT-NASIHAT PENTING SETELAH BERSALIN

 


1. Bayi perlu mula diberikan susu ibu sebaik sahaja dilahirkan. Semua ibu mampu menyusukan bayinya sendiri.

2. Susu ibu ialah makanan yang paling sempurna bagi bayi terutama pada 6 bulan pertama. Teruskan memberi susu ibu.kepada bayi seberapa lama yang boleh.

3. Ketika anak berumur 4-6 bulan, berikan makanan tambahan seperti . bubur nasi bersama ikan, •sayur dan buah yang  lembut dan ditapis. Tambahkan kuantiti makanan secara beransur-ansur. Semasa anak berumur 7-9 bulan beri ia makanan yang dilecek dan semasa 10-12 bulan makanan yang dicincang.

4. Tentukan berat anak anda meningkat sewajarnya mengikut umur. Jika tidak, dapatkan nasihat doktor5. Kebersihan diri akan  menjamin kesihatan anak anda.

 

6. Lengkapkan imunisasi asas anak anda sebelum mencapai umur 1 tahun. Pastikan dos tambahan diberi mengikut jadual.

7. Jangan beri anak-anak yang

mengidap cirit-birit sebarang

pil atau ubat kecuali diarah oleh

kakitangan kesihatan. Mereka memerlukan lebih cecair dan

garam rehidrasi.

8. Datanglah ke klinik walaupun anak anda sihat untuk memastikan perkembangannya normal.