Make your own free website on Tripod.com

Soalan

Assalamualaikum 
Ustaz,

Saya berterima kasih kerana dapat berinteraksi dalam soal jawab ini. Persoalan saya disini adalah, sekiranya isteri saya yang mengandung telah cukup bulan dan telah ada tanda-tanda akan bersalin seperti keluar air tuban, adakah isteri saya wajib s'yang dan adakah wajib mandi sebelum sembahyang?

Sekian terima kasih,

-Abd. Rashid

Jawapan

Waa’laikumsalam

  1. Antara sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi ialah; orang yang berjunub, orang yang datang haid dan nifas, orang yang beranak dan orang mati. 
  2. Manakala larangan khusus bagi orang yang datang haid dan nifas ialah seperti bersolat, membaca Al-Quran,tawaf, duduk dalam masjid dan sebagainya. 
  3. Berhubung dengan wanita yang telah cukup bulan dan telah ada tanda-tanda akan bersalin seperti keluar darah, dalam kitab Fiqh Manhaji (Mazhab Syafie) dinyatakan: Darah Nifas ialah keluar berturutan selepas keluar bayi. Manakala darah yang keluar sewaktu sakit hendak bersalin atau yang keluar bersama dengan bayi, ia tidak dianggap sebagai darah nifas disebabkan ia mendahului keluarnya bayi. Ia dikira sebagai darah `fasid` Oleh sebab itu perempuan tersebut wajib bersembahyang jika berupaya. Jika tidak ia wajib mengqada`nya. 
  4. Apabila diqiaskan air tuban dengan darah tersebut, maka wanita yang keluar air tuban masih wajib mengerjakan sembahyang jika berkemampuan. Sebaliknya jika ia tidak berkeupayaan maka wajib mengqada`kannya. 
  5. Oleh kerana air tesebut dianggap `fasid`maka tidaklah wajib keatasnnya mandi, bahkan memadai dengan membasuhnya dan menggunakan sebarang benda yang boleh menahan air tuban daripada mengalir sewaktu bersembahyang.  


Wallahu a`lam