Make your own free website on Tripod.com

Soalan

Saya telah bergelar isteri selama hampir setahun. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat (dengan izin Allah).

  1. Jika saya didatangi haid pada 18hb (selama seminggu) dengan putaran stabil, bilakah 'waktu subur' saya?
  2. Adakah kekuatan pancutan sperma suami penting dalam hal ini kerana suami saya agak sukar utk mengeluarkan mani.

Maaf jika soalan ini agak keterlaluan.  Jawapan dari tuan amat saya harapkan.  Terima kasih.

-Puansri

Jawapan

Terlebih dahulu saya doakan agar Puan akan dapat menimang cahayamata dalam masa terdekat. Soalan Puan untuk mengetahui waktu subur ialah dengan cara mengira hari ke 12 hingga ke 16 selepas hari pertama datang haid jika putaran haid Puan adalah tetap. Jadi jika Puan didatangi haid pada 18hb.,ini bermakna waktu subur Puan adalah lebih kurang pada 30hb dan 4 hari seterusnya. Bagaimanapun ada beberapa cara kita boleh mengetahui waktu subur (ovulasi)  contohnya peningkatan suhu badan, pengeluaran lendir pada pertengahan pusingan yang bertambah dan menyerupai putih telur dan yang paling tepat ialah menggunakan sejenis alat yang dipanggil clearplan yang boleh didapati di farms-farmasii. Bila tiba waktu subur, hubungan kelamin bolehlah dilakukan sekurang-kurang selang sehari kerana untuk pengetahuan Puan jangkahayat sperma adalah selama 72 jam manakala benih isteri adalah selama 48jam.

Berkenaan soalan kedua, saya kurang jelas samada suami Puan boleh mengeluarkan mani atau tidak tetapi secara amnya, kekuatan pancutan mani tidaksepatutnya menjadi masalah kepada proses persenyawaan selagi suami Puan berupaya mengeluarkan benihnya ke dalam vagina Puan semasa hubungan kelamin. 

Terima Kasih.