Soalan
Assalamualaikum
Ustaz,
Saya berterima kasih kerana dapat
berinteraksi dalam soal jawab ini. Persoalan saya disini adalah, sekiranya
isteri saya yang mengandung telah cukup bulan dan telah ada tanda-tanda akan
bersalin seperti keluar air tuban, adakah isteri saya wajib s'yang dan adakah
wajib mandi sebelum sembahyang?
Sekian terima kasih,
-Abd. Rashid
Jawapan
Waa’laikumsalam
- Antara sebab yang mewajibkan
seseorang itu mandi ialah; orang yang berjunub, orang yang datang haid dan
nifas, orang yang beranak dan orang mati.
- Manakala larangan khusus bagi orang
yang datang haid dan nifas ialah seperti bersolat, membaca Al-Quran,tawaf,
duduk dalam masjid dan sebagainya.
- Berhubung dengan wanita yang telah
cukup bulan dan telah ada tanda-tanda akan bersalin seperti keluar darah,
dalam kitab Fiqh Manhaji (Mazhab Syafie) dinyatakan: Darah Nifas ialah keluar
berturutan selepas keluar bayi. Manakala darah yang keluar sewaktu sakit
hendak bersalin atau yang keluar bersama dengan bayi, ia tidak dianggap
sebagai darah nifas disebabkan ia mendahului keluarnya bayi. Ia dikira sebagai
darah `fasid` Oleh sebab itu perempuan tersebut wajib bersembahyang jika
berupaya. Jika tidak ia wajib mengqada`nya.
- Apabila diqiaskan air tuban dengan
darah tersebut, maka wanita yang keluar air tuban masih wajib mengerjakan
sembahyang jika berkemampuan. Sebaliknya jika ia tidak berkeupayaan maka wajib
mengqada`kannya.
- Oleh kerana air tesebut dianggap `fasid`maka
tidaklah wajib keatasnnya mandi, bahkan memadai dengan membasuhnya dan
menggunakan sebarang benda yang boleh menahan air tuban daripada mengalir
sewaktu bersembahyang.
Wallahu a`lam
