Soalan

Ustaz,

Kami dari salah sebuah kolej agama yang mengikuti kursus kejururawatan, ingin meminta pendapat ustaz. Apakah pendapat ustaz tentang tugasan yang kami laksanakan kerana ianya melibatkan persentuhan kami dengan pesakit-pesakit lelaki diwad. Sedangkan kami bukan bermaksud untuk sengaja menyentuh mereka. Tetapi sudah menjadi tugas kami.

-intan

Jawapan

Masalah yang saudari kemukakan adalah berkenaan dengan persentuhan antara jururawat dan pesakit. Hukum asalnya adalah haram bila lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersentuhan.

Tetapi bagi tujuan perubatan ia dikira darurat dan diharuskan menyentuh  pesakit  tetapi hanyalah sekadar untuk keperluan tugas atau keperluan perubatan sahaja. Adalah lebih baik jika saudari dapat memakai sarung tangan semasa menjalankan tugas tersebut. 

Wallahu a`lam

-USTAZ MOHD SAIPUDIN HASSAN