Make your own free website on Tripod.com

TANGGUH KEHAMILAN

sumber: aL-AHKAM online- dan URL http://ahkam.hypermart.net atau
                                http://fly.to/al-ahkam atau http://ahkam.cjb.net

(13) Soaljawab 432 Nama:: kamarudin b. azziz
Pekerjaan/sekolah/univ.:: guru
Majikan:: smk.raja muda musa t.intan
Daerah:: hilir perak
Negeri:: perak
Soalan::
Apakah hukum memasang alat didalam rahim untuk menangguhkan kehamilan untuk sementara waktu ?

---------------------------------------

Jawab:

Penangguhan kehamilan ini sudah diajukan kepada RasuluLlah saw di mana sebilangan para sahabat
dilapurkan menggunakan teknik azal (ejakulasi di luar faraj) dan wahyu tidak turun untuk menegahnya.
Qardhawi (Halal & Haram fil Islam) berpendapat harus menangguhkan kehamilan berdasarkan nas tsb.

Qardhawi berpendapat penangguhan ini adalah wajar untuk memberi ruang yang mencukupi bagi ibu memulihkan kesihatan dirinya
dan memberi tempoh masa penyusuan yang mencukupi bagi bayi.

Sebarang kaedah untuk menangguhkan kehamilan itu adalah diharuskan asalkan ia tidak mendatangkan
kesan sampingan atau memberi mudharat kepada mana-mana pihak. Dapatkan nasihat pakar untuk mendapatkan kaedah
pencegah hamil yang terbaik. Pencegahan ini hendaklah bersifat sementara sahaja.

Ruj: Qardhawi, Halal & haram fil Islam; Sya'rawi Mutawalli, Anta Tasal wa Islam
Yujib

thtl