Soalan

Ustaz,
Ustaz boleh tak saya mengambil ubat untuk menangguhkan kedatangan haid saya memandangkan tarikh berkenaan jatuh pada hari perkahwinan saya. Adakah saya berdosa sekiranya saya mengambilnya?

-as

Jawapan
Hukum mengambil ubat untuk menangguhkan dengan sebab perkahwinan adalah dilarang dan berdosa kerana cuba menolak ketentuan Ilahi. Kecuali dengan alasan untuk mengerjakan ibadat seperti haji atau umrah yang sukar diubah masa dan waktunya. Nasihat saya, sekiranya saudari ingin berada di dalam keadaan suci semasa majlis perkahwinan itu, pindalah tarikhnya ke tarikh lain yang saudari yakin boleh berada dalam keadaan suci tika itu. 

Wallahu a`lam