Soalan

Assalamualaikum 
Ustaz,

Bagaimana jika tangan saya patah dan bahagian yang patah tersebut yakni bahagian siku berbalut. Bagaimana untuk mengambil air sembahyang? Adakah perlu tayamum? Jika ya bukankah ia kotor dan boleh menyebabkan bertambah parah penyakit tersebut? Ila liqa’. Wasalam

-shanani

Jawapan

Waa’laikumsalam

    1. Berhubung dengan masalah yang saudari utarakan, untuk membolehkan bersolat hendaklah: 

        a. berwudhuk dengan membasuh atau meratakan air bagi anggota yang berbalut 
        b. sapukan air di atas balutan tersebut 
        c. bertayammum untuk gantikan anggota wudhuk yang tidak boleh kena air 

    2. Oleh kerana anggota yang berbalut itu juga merupakan anggota tayammum, maka saudari wajib mengqada’kan semula sembahyang-sembahyang yang dilakukan itu. 
    3. Masalah kotor atau bersih debu dan anggapan penyakit akan bertambah parah jika bertayammum tidak lebih sekadar perkiraan manusia. Namun hakikat sebenar yang harus diyakini, syariat Islam telah menyusun kaedah yang terbaik untuk kesejahteraan hidup manusia. 


Wallahu a`lam