Make your own free website on Tripod.com

HUKUM IUCD 2

sumber: aL-AHKAM online- dan URL http://ahkam.hypermart.net atau
                                http://fly.to/al-ahkam atau http://ahkam.cjb.net

Soaljawab 458 IUCD (Bahagian 2) Nama: Burhanudin
Pekerjaan/sekolah/univ.: doktor
Majikan: kementerian kesihatan
Daerah: Temerluh
Negeri: Pahang
Soalan: saya ingin merujuk kepada Soaljawab 432 mengenai pencegahan kehamilan dengan memasukkan alat ke dalam rahim atau
disebut IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device). Kenyataan bahawa sebarang alat pencegah kehamilan adalah diharuskan perlu
dikaji semula kerana lain jenis penceghan kehamilan mempunyai cara bertindak yang berbeza. IUCD bertindak dengan menghalang
penampalan janin di dinding rahim (implantation)setelah berlaku persenyawaan (fertilization). Ia tidak sama dengan pil perancang
keluarga yang menghalang pengeluaran telur (ovulation) dan kondom yang menghalang penghantaran air mani. Manakala morning
after pill juga menghalang penampalan. Saya telah mendengar penjelasan dari ustaz yang lain bahawa ini adalah haram. Sedia
berbincang. Wassalam.
burzai@usa.net

---------------------------------------------

Jawab:

Kita bersetuju dengan pendapat Dr Burhanuddin bahawa tidak semua metod menghalang kehamilan boleh dihukum harus. Ini kerana
ia perlu bergabung dengan input dari pakar dalam bidang kedoktoran. Jika para doktor menetapkan bahawa bahawa metod IUCD
bukanlah mencegah kehamilan tetapi salah satu metod aborsi atau hampir dengan aborsi (abortion), maka kita bersependapat
dengan hukum menegah penggunaannya di kalangan orang Islam kerana terdapat pelbagai metod lain seperti azal, kondom, pil
dsbnya.

Jazakallah di atas maklumat yang baik sekali.

Panel al_ahkam/thtl