Make your own free website on Tripod.com

Apa AIDS

Apa AIDS?

AIDS ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human Immuno-deficiency Virus-HIV) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini mereka yang dijangkiti Kuman HIV akan terdedah kepada:

Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak
membahayakan. Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku.

Akibatnya pesakit akan sengsara, menderita dan akhirnya membawa ajal.

 Bagaimana HIV berjangkit?

Kuman HIV terdapat dalam darah, air mani dan bendalir faraj orang yang dijangkiti AIDS. Kuman HIV boleh berjangkit melalui cara berikut:

Darah orang yang dijangkiti kuman HIV mencemar darah orang yang sihat. Contohnya berkongsi jarum suntikan semasa penagihan dadah.
Mengadakan hubungan seks dengan sesiapa jua yang dijangkiti Kuman HIV.
Seseorang wanita mengandung yang dijangkiti Kuman HIV boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya.

Kuman HIV tidak boleh Berjangkit melalui cara berikut:

Banyak kekeliruan tentang bagaimana Kuman HIV berjangkit. Sebenarnya Kuman HIV tidak berjangkit melalui cara berikut:

Bersalaman.
Bermain bersama.
Berhimpit di tempat sesak.
Mandi di kolam renang.
Ciuman ringan.
Berpelukan.
MenggunakarT-tandas awam.
Gigitan nyamuk.
Berkongsi telefon awam.
Bekerja bersama pembawa HIV dan pesakit AIDS.
Makan dan minuman.

Anda tidak perlu bimbang selagi anda tidak menagih dadah (berkongsi jarum suntikan) dan mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV anda tidak akan dijangkiti HIV. 

Tanda-tanda AIDS

Pada peringkat awal jangkitan seseorang pembawa Kuman HIV tidak menunjukkan apa-apa tanda. Pada peringkat di mana sistem daya tahan tubuh sudah lumpuh terdapat beberapa gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu antaranya adalah.

Hilang berat badan mendadak (>10%)

Cirit-birit atau demam berpanjangan.

Jangkitan Pneumocystis carini pneumonia.
Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, retinitis).
Tibi.
jangkitan fungus seperti Candida, Cryptococcus dan Histoplasma.
Toxoplasma (jangkitan di otak).
Jangkitan Herpes simplex, Herpes zoster (kayap).
Jangkitan Protozoa seperti Crytococcus, Mycrosporidium dan Isospora.
Barah seperti Kaposi Sarcoma dan Lymphoma.

 

Adakah anda akan dijangkiti HIV?

Anda akan dijangkiti Kuman HIV jika anda mengamalkan hubungan seks dengan pelacur, menagih dadah (berkongsi jarum suntikan), andadigalakkan mendapatkan ujian darah

Dimana-mana hospital yang terdekat.

Apa akan terjadi biia ujian darah" anda positif terhadap HIV?

Anda akan diberikan rawatan dan nasihat tentang semua perkara yang berkaitan dengan penyakitAIDS.
Anda tidak boleh menderma darah.
Elakkan dari mengadakan hubungan seks.
Bagaimanapun jika anda suami isteri, gunakanlah kondom.
Sekiranya anda seorang wanita, anda dinasihatkan tidak mengandung kerana anak yang dikandung
berkemungkinan besar dijangkiti kuman HIV.
Sekiranya anda penagih dadah hentikanlah tabiat ini dengan segera

Bagaimana mencegah HIV/AIDS?

Anda akan diberikan rawatan dan nasihat tentang semua perkara yang berkaitan dengan penyakitAIDS. Hanya pencegahan sahaja yang dapat membebaskan kita daripada Jangkitan Kuman HIV. Langkah-iangkah yang boleh diambil adalah:

Hidup beriman bertakwa dan amalkan kehidupan yang berteraskan nilai beragama.

Jauhi dadah

Kepada yang menagih, insaf dan berhentilah segera. Dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk membebaskan diri anda daripada dadah.

Jangan hampiri zina

Jauhilah perbuatan terkutuk ini. Seks rambang dan hubungan seks dengan pelacur akan mendedahkan anda kepada jangkitan HIV/AIDS.

Tingkatkan pengetahuan anda mengenai HIV dan AIDS. la membantu anda dan keluarga mencegah jangkitan HIV/AIDS.

AIDS Hotline:  09-623 4888