Make your own free website on Tripod.com

Resiko sakit Jantung

Apakah faktor-faktor risiko untuk  penyakit jantung

Faktor-faktor risiko yang utama ialah:

a) Kolesterol LDL yang tinggi

b) Kolesterol HDI-yang rendah

c) Tekanan darah tinggi

d) Merokok

e) Diabetes

f) Peningkatan umur

g) Riwayat keluarga yang menghidap penyakit jantung semasa muda :

h) Selepas menopaus

 

Bagaimana kolesterol  tinggi boleh dikawal

Kadangkala pertukaran pemakanan dan gaya hidup mungkin mencukupi untuk mengurangkan kolesterol ke paras yang diingini. Adakalanya pertukaran pemakanan dan gaya hidup mesti digabungkan dengan ubat-ubatan. Pesakityang telah terbukti menghidapi penyakit Jantung kerap kali memerlukan ubat-ubatan untuk pengawalan yang terbaik.

 

Bagaimana untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah saya ?

 Pengubahsuaian pemakanan

Anda patut menghadkanJumlah lemak tepu (seperti daging, hasil tenusu, minyak kelapa) dan juga kolesterol dalam pemakanan anda. Lebihkan .pengambilan makanan yang    mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran. Jikalau boleh, pilih makanan rendah lemak atau hasil tenusu tanpa lemak dan lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak mono dan polyunsaturated (mono tak tepu dan poli tak tepu). Terapi pemakanan yang rapi boleh mengurangkan jumlah kolesterol sehingga 5%-10%.

 

i. Pengurangan berat badan

Sekiranya berat badan anda berlebihan, anda patut mengambil langkah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pengurangan berat badan menolong untuk meningkatkan paras kolesterol HDL.

 

 

ii. Senaman

Senaman aerobikyang teratur meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan risiko penyakit J'antung dan boleh juga menolong mengawal berat badan, diabetes dan tekanan darah tinggi.

iii.Menghisap rokok

Merokok merosakkan lapisan saluran darah dan meningkatkan timbunan kolesterol LDL.


iv.Alkohol

Penggunaan alkohol yang sederhana telah dikaitkan dengan paras kolesterol HDL yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun faedah yang diperoleh tidak cukup baik untuk mengesyorkan pengambilan alkohol.Alkohol boleh memburukkan lagi tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko untuk strok.

v. Ubat-ubatan

 

 

Terapi ubat harus dipertimbangkan sekiranya paras kolesterol anda tidak mencapai paras

yang diingini, meskipun pertukaran  pemakanan dan gaya hidup telah dibuat.

Untuk mereka yang terbukti menghidapi penyakit jantung koronari dan paras kolesterol yang tersangat tinggi, ubat pengurang kolesterol patut diberi disamping meneruskan gaya hidup yang lebih sihat.