Make your own free website on Tripod.com

APAKAH HEPATITIS C

 

Di Amerika Syarikat, hepatitis C merupakan penyebab kepada lebih 90% kes-kes hepatitis selepas-transfusi dan 20 hingga 35% hepatitis viral sporadik. Bertatu, akupuntur, kecederaan tusukan jarum semasa bekerja, rawatan pergigian, pembedahan dan penggunaan jarum suntikan tidak pakai-buang adalah faktor-faktor risiko kemungkinan merebaknya HCV. Penyakit-penyakit ini berkecenderungan merebak men-jadi hepatitis kronik. Biasanya hepatitis C kronik adalah asimtomatik dan seolah-olah tidak serius. Namun begitu, 10 hingga 25% daripada kes-kes ini lambat-laun merebak kepada sirosis dan sebahagian daripada pesakit-pesakit ini akan menemui maut akibat kegagalan hepatik atau komplikasi hipertensi portal. Malah, sebahagian daripada pesakit-pesakit hepatitis C kronik dan sirosis (radang hepar) akan menghidap hepatoselular karsinoma. Anda boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan tidak berkongsi pisau pencukur, jarum dan berus gigi serta mengamalkan hubungan seks yang selamat. Vaksin untuk mengubati hepatitis C masih tidak terdapat pada waktu ini.

APAKAH SEJARAH ASAL HEPATITIS C?

Umumnya, hepatitis C kronik merupakan penyakit yang merebak dengan perlahan dan beransur-ansur selama lebih 10-40 tahun. Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan penyakit ini boleh merebak dengan lebih cepat jika dihidapi pada pertengahan usia atau lebih. HCV, seperti virus hepatitis B, didapati berkaitan dengan peningkatan kemungkinan menghidap hepatoselular karsinoma, sejenis kanser hepar yang utama. Hampir kesemua kanser hepar berkaitan HCV terjadi dengan sirosis (radang) hepar, Tahap risiko yang sebenar adalah tidak dapat dipastikan tetapi ianya adalah faktor risiko terakhir ter­jadi pada purata 30 tahun selepas jangkamasa dijangkiti. Hal ini lebih ketara di Timur Jauh dari di Amerika Syarikat.

 

SIAPAKAH SEHARUSNYA MENDAPATKAN UJIAN HEPATITIS C?


Individu-individu yang diberitahu bahawa mereka menerima darah daripada penderma yang kemudiannya diuji hepatitis C positif. Individu-individu yang menerima pemindahan darah atau pemindahan organ sebelum tahun 1995. Pesakit-pesakit hemodialisis jangka panjang. Individu-individu yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah melalui suntikan, termasuklah mereka yang menggunakan suntikan sekali ataupun beberapa kali di masa-masa lalu. Individu-individu yang mempunyai tanda-tanda atau simtom-simtom penyakit hepar (cth. ujian enzim hepar yang abnormal). Pekerja-pekerja penjagaan kesihatan selepas pendedahan (cth. keced eraan tercucuk jarum atau percikan ke mata) kepada darah yang HCV positif; anak-anak yang dilahirkan oleh wanita yang HCV positif.

 

BAGAIMANA MENGETAHUI JIKA SAYA MENGHIDAP HEPATITIS C?


Umumnya, individu-individu yang dijangkiti HCV biasanya dikenalpasti apabila didapati mereka mem­punyai peningkatan enzim-enzim hepar apabila men-jalani ujian darah biasa atau kerana antibodi hepatitis C didapati positif apabila menderma darah. Pada umumnya, peningkatan enzim-enzim hepar dan ujian

 

antibodi yang positif kepada HCV (anti-HVC) bermakna seseorang individu

menghidap hepatitis C kronik.

BILAKAH RAWATAN AKAN DIBERIKAN UNTUK PENGHIDAP HCV? 
Pesakit-pesakit yang mempunyai peningkatan enzim-enzim hepar selama enam bulan atau lebih dan mereka yang mempunyai antibodi yang dikesan kepada HCV (anti-HCV) adalah layak untuk terapi. Biopsi hepar mem-bantu diagnosis viral hepatitis untuk mengukur kerosakan hepar sebelum rawatan dibuat.

 

APAKAH LANGKAH SELANJUTNYA JIKA UJIAN ANTI-HCV ANDA DISAHKAN POSIT1F?

Mengukur tahap ALT (alanin aminotransferas, sejenis enzim hepar) dalam darah. Peningkatan ALT menandakan radang hepar dan ujian tambahan harus dijalankan untuk memastikan penyakit hepar kronik (jangka panjang) dan kemungkinan rawatan. Penilaian ini harus dibuat oleh pakar penjagaan kesihatan profesional yang mengenali hepatitis C kronik.

MUNGKINKAH ANDA MEMPUNYAI TAHAP ENZIM \ HEPAR YANG NORMAL (cth. ALT) TETAPI MASIH MENGHIDAP HEPATITIS C KRONIK?

Ya. Adalah perkara biasa bagi seseorang individu yang menghidap hepati­tis C kronik untuk mempunyai tahap enzim-enzim hepar yang naik dan turun dan kembali normal atau hampir normal secara berkala. Sesetengah individu mungkin mempunyai tahap-tahap enzim hepar yang normal selama setahun tetapi masih menghidap penyakit hepar kronik. Individu-Individu yang mempunyai tahap enzim hepar yang normal harus menjalani ujian beberapa kali dalam jangka masa 6 hingga 12 bulan. Jika ia kekal normal, doktor anda mungkin akan mengurangkan ujian, setahun sekali misalnya.

 

BAGAIMANA HCV MEREBAK DARIPADA SEORANG KE ORANG LAIN?

 

HCV boleh dijangkiti melalui pemindahan darah. Walaubagaimanapun, semua darah kini diuji bagi memastikan kewujudan virus ini melalui ujian antibo-di. Adalah dianggarkan risiko hepatitis C selepas pemindahan telah dikurangkan daripada 8 - 10% mengikut kekerapan jangkitan beberapa tahun lalu kepada kurang 0.5%. Individu-individu lain yang mungkin menyentuh darah yang dijangkiti, peralatan atau jarum, seperti penagih-penagih dadah I.V., pekerja-pekerja penjagaan kesihatan atau juruteknik makmal juga menghadapi risiko dijangkiti hepatitis C.

Vaksin untuk imunisasi bagi individu menentang virus pada masa ini masih belum ditemui.

 

Risiko jangkitan hepatitis C melalui hubungan seksual masih belum diketahui. Terdapat kes-kes yang didokumentasikan (walaupun jarang berlaku) berkenaan individu yang menghidap hepatitis C menyebarkan virus tersebut kepada satu-satunya pasangan seksual jangka panjang mereka. Oleh kerana kekurangan maklumat, mereka yang mempunyai hanya satu pasangan jangka panjang tidak perlu mengubah amalan seksual mereka. Kebanyakan pakar perubatan yang memberikan kaunseling kepada pesakit yang menghidap hepatitis C memberikan nasihat yang sama kepada mereka yang mengamalkan perhubungan monogami. Jika anda mempunyai pasangan seksual yang ramai, risiko - untuk dijangkiti hepatitis C adalah tinggi.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI HCV BOLEH MENCEGAH PENYEBARAN HCV KEPADA ORANG LAIN?

• Jangan menderma darah, organ badan, tisu-tisu lain, ataupun air mani.

• Jangan berkongsi peralatan peribadi yang mungkin mempunyai darah anda, seperti berus gigi, peralatan pergigian, alat perapian kuku atau pisau cukur.

• Balut luka dan kudis dikulit untuk mencegah jangkitan HCV.

BAGAIMANA SESEORANG MELINDUNGI DIRI DARI JANG­KITAN HEPATITIS C DAN PENYAKIT-PENYAKIT LAIN YANG DISEBARKAN MELALUI SENTUHAN DARAH MANUSIA?

• Jangan berkongsi jarum (penagih dadah IV).

• Jangan berkongsi berus gigi, pisau cukur, atau lain-lain alat penjagaan peribadi. Mungkin terdapat darah pada peralatan tersebut.

• Jika anda merupakan pekerja penjagaan kesihatan, patuhi selalu langkah-langkah pencegahan harian dan kendalikan jarum dan objek-objek tajam lain dengan berhati-hati. Dapatkan pemvaksinan peng-halang hepatitis B.

  Fikirkan tentang risiko kesihatan jika anda berfikir untuk mendapatkan tatu atau bertindik badan. Anda akan dijangkiti jika terdapat darah orang lain pada peralatan yang digunakan atau artis atau penindik tidak mematuhi amalan kesihatan yang baik, seperti membasuh tangan dan menggunakan sarung tangan pakai buang.

 

Interferon yang digunakan sendirian atau digabungkan dengan dadah antiviral lain diluluskan untuk merawat individu yang menghidap hepatitis C kronik. Interferon adalah glikoprotin yang dihasilkan secara semulajadi oleh sel-sel sebagai tindakan awal kepada jangkitan viral. Kini, Alpha-lnterferon secara ekstensif dikaji berhubung dengan Hepatitis B & C kronik. Interferon merangsang sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan viral dan kebolehan virus membahagi sel-sel hati. Pesakit-

pesakit yang dijangkiti HCV kronik juga didapati tidak berupaya

mengeluarkan interferon pada kadar normal.

PILIHAN RAWATAN TERBARU

FDA telah meluluskan penggunaan terapi gabungan untuk merawat pesakit-pesakit hepatitis C kronik yang tidak memberi berkesan kepada rawatan interferon sahaja. Terapi gabungan membantu mengurangkan jumlah virus dalam darah (dipanggil "viral-load") dan meningkatan tindak-balas kekal. Untuk maklumat lanjut, berbincanglah keadaan dan pilihan-pilihan anda dengan doktor.

"Berbincanglah keadaan dan pilihan-pilihan anda dengan doktor."

arrijal@putera.com