Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara masalah kesihatan utama di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia.
Penyakit darah tinggi berlaku akibat tindakbalas tidak normal salur darah yang menyebabkan tekanan di dalam saluran darah meningkat melebihi dari biasa. Ini adalah satu fenomena yang agak kompleks untuk diterangkan. Tekanan darah normal bagi orang dewasa ialah 120 mmHG (tekanan sistolik) dan 80mmHg (tekanan diastolik).
Peningkatan tekanan darah menjadi lebih tinggi
dari paras normal akan menyebabkan kerosakan serta pemendapan plak kolesterol
pada salur darah, dan seterusnya boleh mengakibatkan pendarahan dan kerosakan
pada organ.
Kajian morbiditi kebangsaan tahun 1986 mendapati bahawa kejadian (prevalen) hipertensi bagi mereka yang berumur 25 tahun ke atas ialah 14.4 peratus. Kejadian pada tahun 1997 pula ialah 4400 per 100 000 penduduk. Insiden yang tertinggi adalah di kalangan kaum Melayu dan diikuti oleh kaum Cina dan kaum India.
Adalah didapati bahawa mereka yang tinggal di
kawasan pendalaman mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat hipertensi
berbanding penduduk kawasan bandar. Lelaki pula mempunyai risiko lebih tinggi
berbanding wanita untuk mendapat hipertensi.
1. Berat badan yang berlebihan/gemuk (obesiti)
2. Pengambilan lemak yang berlebihan/makanan berkolesterol tinggi
3. Pengambilan garam / makanan yang terlalu masin
4. Kurang aktiviti fizikal/kurang bersenam
5. Faktor keturunan.
TANDA DAN GEJALA
Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala, dan tanda-tanda hipertensi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin.
Tanda dan gejala yang boleh dialami adalah:
1. Sering sakit atau pening kepala
2. Sakit tengkuk
3. Pitam atau pengsan
RAWATAN
Hipertensi boleh dikawal dengan memakan ubat darah tinggi. Dapatkan ubat dari doktor anda. Makan ubat seperti yang diarahkan. Jangan sekali-kali meninggalkannya atau meningkatkan dos rawatan tanpa pemeriksaan dan nasihat doktor
Selain dari memakan ubat, tekanan darah tinggi perlu dikawal dengan