Apa itu kolesterol

Apa itu kolesterol

Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan disetiap sel dalam badan anda. la penting untuk kesihatan anda kerana ianya diperlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu. Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko dan penyakitJantung.

Adakah kolesterol mempunyai bermacam-macam jenis?

Ya, ada beberapa Jenis kolesterol tetapi yang p'aling biasa

dikenali ialah:

1. Low-density lipoprotein atau kolesterol LDL (Lipoprotein berketumpatan rendah atau kolesterol LKR)

 

Kolesterol LDL yang berlebihan akan ! menambahkan kolesterol dalam arteri anda dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebabnya kolesterol LDL sering kali dipanggil "kolesterol Jahat".

2. High-density lipoprotein atau kolesterol HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi atau kolesterol LKT)

 

Kolesterol HDLJuga dipanggil sebagai "kolesterol baik" kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan daripada darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi daripada penyakit Jantung dan mengurangkan risiko penyakitJantung.

3. Trigliserida

 

Trigliserida ialah satu lagi jenis lemak di dalam aliran darah. Seseorang yang mempunyai paras trigliserida dalam darah yang tinggi berkemungkinan juga     mempunyai aras LDL yang tinggi atau paras HDL yang sangat rendah.

 

Apakah kolesterol tinggi ?

 

Definasi kolesterol tinggi boleh berubah bergantung kepada faktor-faktor risiko yang lain. Doktor anda adalah orang yang paling arif untuk menentukan apa yang dikira tinggi untukanda.

Penyataan Konsensus Malaysia mengenai Pengurusan , Hiperlipidemia (The Malaysian Consensus Statement on Manasement of Hyperlipidaemia) telah diwujudkan untuk membentuk satu garis panduan bagi mengesan dan merawat kolesterol tinggi dalam darah dikalangan orang dewasa. Mereka juga telah mendefinasikan paras kolesterol yang diingini.

 

 

Mengapa kolesterol tinggi satu risiko kesihatan ?

 

Kolesterol tinggi adalah satu risiko kesihatan yang serius kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung koronari: Berdasarkan Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) peningkatan paras kolesterol LDL adalah satu faktor risiko utama untuk penyakit Jantung