Make your own free website on Tripod.com

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENYAKIT “RIFT VALLEY FEVER”

Satu wabak “Rift Valley Fever” telah melanda Semenanjung Tanah Arab melibatkan negara Arab Saudi dan Yaman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan seramai 113 kes serta 30 kematian di Yaman dan 38 kes serta 16 kematian di Arab Saudi  sehingga 29 September 2000.

 Gejala penyakit ini adalah seperti berikut:-   

 

Dalam setengah-tengah kes yang serius, pesakit boleh mengalami sindrom seperti berikut :-

 

Penyakit ini adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti binatang seperti lembu, kerbau, unta, kambing dan biri-biri serta manusia. Penyakit ini disebabkan oleh virus dari kumpulan Phlebovirus.

Cara penularan penyakit ini adalah melalui:- 

 

Masa inkubasi adalah 2 – 6 hari. 

Setakat ini tiada rawatan tertentu (ubat atau vaksin) untuk penyakit ini. 

Semua pelawat atau pengunjung ke Semenanjung Tanah Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

 

  1. Mengelakan dari gigitian nyamuk dengan pakaian yang menutup badan mengikut kesesuaian,memakai "mosquito  repellent"',  memakai kelambu semasa tidur.
  2.  Elakan dari mengambil minuman susu yang tidak dimasak.
  3.  Jauhkan diri dari sebarang binatang seperti lembu, kerbau, unta, kambing serta biri-biri.

 Sesiapa yang mengalami sebarang masalah kesihatan terutama mempunyai gejala penyakit seperti yang dinyatakan sebelum ini (di atas) perlu mengunjungi klinik / hospital yang berdekatan semasa di Tanah Arab. 

Sementara itu bagi mereka yang balik dari Tanah Arab dan mengalami gejala penyakit yang serupa hendaklah mendapat rawatan dan nasihat daripada pegawai-pegawai perubatan di klinik atau hospital yang berdekatan. 

Selain dari itu, kepada semua doktor yang mengesyaki ada di antara pesakit mereka terutama yang baru saja balik dari melawat atau mengunjungi Tanah Arab yang mempunyai penyakit ini, sila laporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.

 

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan(Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia
 

Bertarikh : 29 September, 2000.