Make your own free website on Tripod.com

STROK (ANGIN AHMAR)

 

Apakah itu Strok?

Strok atau 'Kemalangan Cerebrovascular'

(CVA), terjadi apabila aliran darah kebahagian otak terganggu. Sel otak kekurangan oksigen lantas mengakibatkan ianya tercedera atau mati hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Bahagian badan yang dikawal olih sel-sel otak yang tercedera tadi tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Gangguan aliran darah ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya saluran arteri dalam otak atau di tengkuk. la mungkin juga disebabkan oleh pecahnya saluran darah dalam otak yang kemudian menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam otak.

Adakah Strok itu Berbeza?

Jenis-jenis strok adalah seperti berikut:-

TROMBOSIS OTAK

I Trombosis

Ini adalah kejadian yang paling kerap berlaku. Sebahagian daripada arteri menjadi tertutup dengan terbinanya gumpalan sisa lemak dari aterosklerosis. Aliran darah menjadi perlahan lalu membentuk gumpalan didalam saluran darah yang tersumbat lantas menghalang penghantaran darah kebahagian otak.

  EMBOLISME OTAK

II Embolisme

Gumpalan lemak atau darah beku yang terjadi diluar otak, bergerak melalui peredaran darah ke otak. Gumpalan ini akhirnya tersekat pada saluran darah yang kecil lalu menghalang aliran darah ke otak.  

HEMORAJ

III Hemoraj (Pendarahan)

Kadang-kadang terdapat tempat-tempat yang lemah didalam darah ketika lahir atau hasil daripada tekanan darah tinggi. Koyakan atau 'Pemecahan' saluran darah di dalam otak terjadi dan mengakibatkan kebocoran pada saluran darah (pendarahan). Kadar kematian dari strok jenis ini dibandingkan dengan lain-lain jenis strok adalah amat tinggi dan peluang untuk pemulihan sepenuhnya adalah tipis.

Apakah Diantara Gejala-gejala Strok?

Gejala

Gejala strok biasanya terjadi secara tiba-tiba dalam beberapa minit atau jam dan kadang-kadang hingga kebeberapa hari. Bergantung kepada tempat, penyebab dan tahap kecederaan, pesakit boleh mengalami sebahagian atau kesemua gejala yang tersebut diatas. Rasa lemah yang amat sangat atau lumpuh pada satu dari bahagian badan adalah kesan yang paling biasa dalam strok yang serius. Dalam kes-kes yang lebih serius ia boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan fizikal dan mental yang teruk. Sesetengah strok pula langsung tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas.

Apakah Tanda-tanda Amaran?

Salah satu amaran kemungkinan berlakunya strok ialah serangan iskemia (Transient Ischemic Attack [TIA]). Tanda amaran ini memerlukan anda supaya bersegera untuk pergi berjumpa doktor agar langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil bagi menghalang terjadinya strok. TIA ini dianggap sebagai mini-strok kerana ia terjadi disebabkan olih kehilangan bekalan darah sementara kebahagian otak. la mungkin terjadi untuk beberapa saat hingga kepada 24 jam dengan memperolihi pemulihan yang sepenuhnya selepas itu.                                

Gejala-gejala TIA sering-kali adalah kabur dan kurang jelas. Disebabkan ianya bersifat sementara, kita sering mengabaikannya. Bagaimanapun sebarang dari gejala-gejala yang disebutkan dibawah ini harus dibawa kepengetahuan doktor dengan segera.

Hilang atau kabur penglihatan dengan tiba-tiba pada satu atau kedua-dua belah mata

Lemah atau kebas pada lengan, kaki atau otot muka

Kesukaran bertutur

Gangguan fikiran atau sawan

Pening atau pengsan

Hilang keseimbangan badan

Rawatan yang efektif merangkumi pengguna ubat antiplatelet (aspirin, ticlopidine) atau pembedahan dan ubat mencair darah untuk membuka saluran arteri karotid (saluran darah ditengkuk) yang mana merupakan sumber saluran utama darah keotak.

Dapatkah Strok Dicegah?

Mengetahui tentang apakah faktor-faktor penyebab strok akan dapat mengurangkan peluang seseorang daripada terkena serangan ini.

Berikut adalah diantara faktor-faktor bahaya kepada serangan strok:

Hipertensi (Tekanan darah tinggi)

Tahap kolesterol yang tinggi

Kencing manis

Sakitjantung

Merokok

Penagih arak

Gemuk (lebih berat badan)

Menggunakan Pil Perancang Keluarga (umur melebihi 30 tahun)

Pernah mendapat TIA atau strok

Kurang senaman

Bagaimana Bahayanya Dikurangkan?

1. Rawat tekanan darah tinggi anda

Tekanan darah tinggi adalah penyebab yang penting kepada kejadian strok. la terjadi dalam kadar 40-70 peratus kejadian. la mendorongkan kepada tersumbatnya saluran arteri dan memberikan tekanan yang abnormal keatas dinding saluran darah. Keadaan ini bolih mengakibatkan kekoyakan pada tempat-tempat yang lemah. Tekanan darah tinggi perlukan rawatan. Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan yang teratur.  

Mengawal tekanan darah tinggi anda akan dapat membantu didalam mengurangkan bahaya terkena strok.

Berhenti merokok

Merokok mencepatkan aterosklerosis. Nikotin dalam tembakau juga bolih meningkatkan tekanan darah. Menghisap rokok adalah faktor penting terjadinya strok dan patutlah dihentikan.

Elakkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi

Tahap kolesterol darah yang tinggi adalah faktor penyebab kepada berlakunya strok. Jadi, adalah penting bagi anda supaya mengurangkan bahaya ini dengan mengambil hanya sedikit sahaja makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.          

Elakkan alkohol yang berlebihan

Seseorang yang mengambil alkohol mempunyai dua kali ganda kemungkinan untuk mendapat strok hemorajik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil alkohol. Bagi peminum yang kuat kejadian strok bolih meningkat kepada tiga kali ganda.  

Kurangkan garam

Terlalu banyak garam dalam satu-satu diet bolih menyebabkan tekanan darah tinggi. Menurunkan tekanan darah bolih dicapai dengan mengurangkan pengambilan garam.

Kawal berat badan

Cuba mengawal berat badan anda dalam lingkungan yang ideal menurut umur dan tinggi anda. Tekanan darah meningkat dengan peningkatan berat badan dan turun apabila kurang berat.

7. Senaman yang teratur

Rangka satu program senaman yang teratur. Anda adalah dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan lengkap perubatan sebelum .memulakannya. Doktor anda bolih menyediakan satu program yang sesuai untuk anda.

8. Elakkan tekanan yang berlebihan

Cuba elakkan daripada situasi-situasi yang tertekan dan belajarlah kepada teknik-teknik mendapat ketenangan. Jika anda mempunyai tabiat suka bersaing serta mengamalkan corak hidup yang tergopoh-gapah, buatlah perubahan. Tekanan meningkatkan tekanan darah.

Adakah Strok Itu Turun-temurun?

Ya. Jika terdapat sejarah diantara keluarga anda yang pernah terkena strok, anda patut mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan bahaya diri anda melalui pengubahsuaian cara hidup, seperti mengikut diet yang betui, senaman yang teratur, tidak merokok dan lain-lain perkara yang dibincangkan sebelum ini.

  Apakah Pendekatan Perubatan Terhadap Pencegahan Strok?

i)  Pemeriksaan teliti mengenai kesihatan badan secara keseluruhan adalah penting. Ini termasuklah memeriksa sistem kardiovaskular.

ii) Banyak doktor berpendapat penggunaan ubatan yang membantu menghalang kepada pembekuan darah seperti aspirin dan ticlopidine dapat menolong dalam mencegah kejadian strok. Kaedah ini adalah disyorkan terutama kepada mereka-mereka yang didapati mudah cenderung kepada pembekuan darah, yang mana ini adalah merupakan 2/3 daripada penyebab strok.

iii) Rawatan hipertensi dan sakit jantung yang teratur adalah juga amat penting.

iv) Berundinglah dengan doktor anda jika anda rasa anda patut berbuat demikian. Doktor anda mungkin mencadangkan supaya satu pembedahan dijalankan dimana arteri karotid dalam tengkuk dibuka dan bahan yang mana menyekat saluran arteri ini dikeluarkan.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pemulihan?

Pengidap strok bolih mengurangkan penderitaan mereka melalui program pemulihan yang dapat membantu mereka mencapai tahap maksima kepada keupayaan fizikal, mental dan aktiviti bersosial. Ini bermakna memulihkan kembali kehilangan keupayaan mereka akibat daripada strok dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru untuk mengatasi kelemahan yang dialami.